Posts

Showing posts with the label brunei

back for good from brunei

Alhamdulillah setelah 4 tahun 6 bulan we back for good. pengalaman adalah harta yang paling berharga yang kami dapat sepanjang kami di sana pengalaman mendidik kami sekeluarga susah senang berada di perantauan serta nikmatnya berada di negara sendiri. Untuk tips bagi yang bekerja di luar negara jangan lah lupa menyimpan ya .. bila nak balik macam-macam perbelanjaan yang kita kena fikirkan (benda ni memang kami prepare awal) apa lagi yang ramai askar macam kami ni. Biarlah pengorbanan kita berjauhan dengan keluarga tersayang itu berbaloi. Alhamdulillah nak kata menyimpan tu macam susah sikit sebab mesti habis untuk tiket balik ke malaysia ..setahun hampir 3x kami sekeluarga balik ke malaysia. Dengan tiket bagai paling kurang mesti 5k sekali balik. Jadi kami membeli aset yang boleh dijadikan modal simpan untuk dibawa pulang ketika balik ke Malaysia. Kami membeli kereta terpakai secara cash untuk dijadikan aset.Suami saya membeli lebih kurang 3 kereta terpakai alhamdulillah s...

picnic

Image
sambung lagi story cuti-cuti kali ni dalam brunei je pantai tungku nak ajak anak-anak swimming diaorg macam nak swimming di pantai so kalau kat brunei area bandar u olls boleh swimming di angerik desa kanak-kanak 50sen je ye.. disebabkan anak-anak nak main ombak pantai  so kita picnic sambil makan nasi lemak lah ye.. sementara boleh jalan-jalan ni..kan hariz pun dah baik so sila lah besuka ria..  lepas makan pantai dituju lepas mandi pasir pulak kawan-kawan yang tak dapat cuti-cuti time school holiday jangan sedih ye bercuti tak semestinya kena duduk hotel bagai.. manfaat kan cuti yg ada bawak anak jalan gi pantai gi ni tak kuar modal pun rajin sikit senseng lengan masak nasi lemak ke goreng mee ke tu pun cukup janji anak-anak happy.. balik siap terlena lagi weiii huhhuuhuhu

Ways to Declutter Your Home

secara lazimnya  bila dah berhijrah ni memang kami mengamalkan konsep  declutter our home.. konsepnya sebab tak nak barang dalam rumah terlalu banyak dan tak berguna.. rumah kat malaysia pun macam tu... kadang-kadang balik malaysia kerja mengemas rumah aje..haha alhamdulillah baru tenang sikit kan..kalau rumah dah lapang kalau rasa tak guna asingkan.. cara kami.. mulakan satu tempat ke satu tempat means kalau buat dapur dapur je jangan campur aduk kalau baju-baju baju sahaja gitu lah seterusnya step; 1, pastikan lokasi cth dapur atau almari baju /barang yang hendak digunakan atau tidak 2.asingkan/kategori kan barang tersebut -derma/sedekah -jual semula/preloved -buang 3.setetelah di asingkan label kan kotak tersebut lakukan proses seterusnya.. kotak label buang...sila lah hantar ke tong sampah/pusat kitar semula kotak label sedekah ..boleh lah bagi kepada sesiapa..selalu nya kalau di sini kami hantar di limbang atau k...

tamat sesi persekolahan 2016

Image
tamat sudah sesi persekolahan 2016 next year bertambah lagi..seorang anak ke sekolah. alhamdulillah sesi pagi pun  aisyah dan hariz cemerlang juga hariz no 5 aisyah no 15 ada juga exam yang tak sempat ambil sebab kekalutan balik ke kampung. untuk sek ugama next year baru aisyah mula bersekolah masuk pra ni pun masih proses memohon lagi banyak urusan nak kena selesai.. sampai hari tanda tangan report kad sek ugama hariz pun mak terlupa datang masa hari penyampaian hadiah tau-tau hariz ambil hadiah no 1.. alhamdulillah teruskan usaha mana tau ada rezeki boleh  apply sek tahfiz di brunei pulak kan.. good luck my kids meriah hadiahnya.. boleh guna untuk next year. 100%--mak pun terkejut hihi.. alhamdulillah.. mak doakan semoga hariz berjaya.

sesi membawa customer

Image
me time sangat ni.. mcm biasa ada customer booking kereta tapi nak dengan driver di sebabkan customer  perempuan so.. i ler yang bawa customer ni nak ke dubai transit di brunei so.. dia nak jalan-jalan and explore  makanan di brunei.. lin bawa dia ke kg air.. masjid-masjid di brunei dan makan ambuyat... ahaha..ni bawa aisyah je lain-lain tinggal dengan encik suami

pantai tungku brunei

Image
berlibur di pantai tungku sebenarnya hasrat hati nak singgah sambil celup kaki je.. sekali anak dara ku ter jatuh terjelupuk atas pasir pantai  basah lencun.. so alang-alang terjun terus anak-anak ku..

wall deco

Image
terjangkit dengan pinterest.. haha so tertambal lah di wall bilik.. nanti tambah ler lagi apa yang patut tunggu hujung tahun jejak ke kota kinabalu dan singgah ke kaison..    wall paper beli di lazada rm 24 lebih kurang.. balance dia ai kerat lekat kat bilik sebelah .. jimat. katil ni dah buka...huhu wish me dapat rumah besar sikit dengan harga sewa yang berpatutan   jamu mata je..

weekend di jerudong park

Image
berhujung minggu.. minggu ini rehat tak ke pejabat pos.. so ada masa lah nak keluar bawa anak-anak jalan jauh sikit... tak jauh mana pun jerudong je.. singgah lepak makan tepi pantai terendak cafe.. ni yang tepi pantai.. sambil makan boleh layan ombak sambil tu boleh singgah tengok gajah sebijik mcm ice age.. haha..kembar dia kot.. pusing-pusing sambil layan kuda-kuda yang ada.. nice place nak lepak dengan family.. layan picture dibawah..

amalan yang kita amalkan apabila makan di luar

Image
ini tabiat my husband..yes before kawin lagi dia memang perangai gini hihi..keluar makan dating konon nak makan dia siap susun-susun dulu pinggan.bagai .. memang kira rapi ler gitu..baru dia makan.. then kalau dah habis dia clean kan dulu meja.. lap kutip itu ini.. balance tapau kalau fast food dia request kotak bagai. sekarang memang dah jadi amalan aku juga haha dulu muda-muda remaaja makan kat kedai tinggal gitu je kan sekarang.. kalau lepas makan je...mesti meja macam ni.. husband akan susun semua pinggan walau pun makan kat kedai makan ye. biasalah kalau anak dah ramai memang bersepah juga. so memang husband akan kemaskan dulu sebelum dia bayar  cuba buat mesti seronok.. .................................................... ada satu cerita ni.... satu hari suami bagi duit ..pada puan isteri bnd 200 eh..bulan ni macam bagi lebih je duit  shopping puan isteri.. hihihi.. 5minit kemudian encik suami dapat msg.. customer te...

susun atur rumah kecil

Image
ini susun atur sementara..saya kumpul dan menabung tambah perabot yang sesuai susun atur ni memang sesuai untuk rumah yang kecil rumah sewa kami di brunei sekangkang anak-anak ku sahaja.. hihi..ini sahaja yang termampu buat masa ni maklumlah encik suami seorang sahaja yang bekerja puan isteri sudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa kami berdua pun masih belajar.. jenuh menabung bayar yuran tapi itu lebih baik dari berhutang pinjaman bagai..kan. ruang main anak-anak.. inshallah nak tambah wallpaper black.. boleh kamu conteng dinding ye.. semua barang ikea sebab mampu milik haha.. nama pun merantau tak de nya nak beli mahal-mahal nanti nak berangkut pindah kalau rosak nangis.. ni ..suka hati hampa lah.. trofast wall ikea kena hack jadi gini.. tapi sebab ruang yang terhad memang plan nak gantung pun beli as is..rm 90 sekali upah delivery ke denai alam. ruang ni memang ruang bertapa anak beranak.. hajat hati nak tambah kerusi ke...

jiran dan sahabat yang pemurah

Image
alhamdulillah jiran-jiran sahabat saya yang pemurah kalau ada yg balik kampung atau balik malaysia  ada je buah tangan.. jiran selalu sangat hantar makanan daging masak hitam lah kuih muih... tuan rumah pun selalu jemput ke acara di rumah dia saya percaya kalau kita buat baik dengan orang inshallah  orang pun akan balas benda yang sama saya sangat bersyukur saya di temukan  jiran-jiran sahabat yang baik.. seriously  diaorg memang sangat supportive  membantu tanpa minta dibalas nikmat yg Allah beri dikala semua keluarga jauh.. saya sangat menghargai nikmat yg Allah bagi ni ni jiran saya bagi ye...kak su  siap buat kek,roti jala kari ayam sayur fresh dr tanaman di rumahnya  rempah-rempah kelantan,budu,keropok ikan,keropok lekor cili solok... siap bekas ikea lagi tau... thanks kak da.. ni fav anak-anak gift dari kak su.

ulu temburong

Image
ini adalah edisi terjah.. lepas buat passport anak di limbang gegas-gegas ke pos office untuk  postout order .. alhamdulillah selesai semua..next week tunggu barang baru sampai ye then encik suami cakap --memang dah cakap awal-awal pun nak round sampai lawas ceritanya nak cari durian konon sesungguhnya kami anak beranak craving ler sangat-sangat. tak sampai lawas singgah di temburong nak melawat national park  sedia maklum jalan memang dalam hutan dan jauh ler sesangat.. teruja sampai di ulu temburong tapi air cetek bot sampan tak jalan nak ke national park cantik sangat but we plan go next time..ni pakai terjah je.. so sempat ler singgah beli telur masin homemade gitu.. sudahnya baru ke lawas tapi sebijik durian pun tak nampak.. balik jumpa lah kat limbang sebijik rm 30.00 voleh lah sekadar nak lepaskan kempunan.. haha..dapat ler merasa sorang seulas ada enam ulas je sebijik durian tu... huhuhu air..rasa nak terjun mandi je ...

majlis berbedak

Image
majlis berbedak ni rasanya kali kedua kami dijemput ke majlis macam ni.. acara berbedak ni diadakan sebelum bernikah. alhamdulillah duduk negara orang merasalah adat istiadat perkahwinan mereka.. terima kasih kak waty aka pengiran basmelati sebab undang kami ke majlis ni.. makan sangatlah sedap. gift dari pasangan.. sangat cantik.

apa tu OCD..

Image
apa tu OCD .. Definition Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) is a common, chronic and long-lasting disorder in which a person has uncontrollable, reoccurring thoughts ( obsessions ) and behaviors ( compulsions ) that he or she feels the urge to repeat over and over.  ni defination dari link  http://www.nimh.nih.gov/health/topics/obsessive-compulsive-disorder-ocd/index.shtml boleh baca sendiri..pendapat peribadi..aku sakit was-was dan mahu kesempurnaan..kalau kronic tu dah penyakit jiwa tau jangan main2.pernah dengar org cerita rasa was2 tak bersih gosok gigi sampai kumor dgn clorox ok..untuk elak penyakit was2 ni amalkan lah surah an-nass ye  aku bukan jenis perfectionist...tapi memang tak boleh tengok selerak or kotor tu je..bukan jenis nak kena susun ikut warna ikut saiz dan sebagainya..kalau kemas dan cantik aku on je.. btw seorang yang aku kenal ada ocd ni my lovely husband..dia jenis yang susun hanger pun ikut warna..pastu memang tak suka semak sepah...

pasar pokok

Image
pasar pokok kat brunei ni memang meriah.. selalunya ada awal pagi.. macam-macam jenis bunga ,pokok, dan segala jenis ada sediakan dollar yang tebal sahaja..haha morning views bawa askar melawat tapak..beli pokok-pokok ,main  tanam kalau pokok hidup tu kira bertuah ler pokok tu.. pokok oregano..hadiah dari my friend.. terima kasih kak sue..  pokok ni special boleh buat ubat batuk ye.. sweet basil ni pun kak su yang bagi boleh taboq dalam pasta.. dulu masa rumah lama banyak juga pokok//tapi masa pindah banyak tinggal dan bagi kat orang.. yang ada ni pun ada yang subur ada yg kering pastu idup lagi  haha kena tuan tanah balik malaysia tu yang kacau hahaha nanti kita update lagi kebun laman kami.. adalah sikit-sikit pokok/