road trip brunei-tawau -semporna
road trip brunei-tawau -semporna
perjalanan dari brunei ke semporna mengambil masa 10-12jam
dari brunei melalui limbang-temurong-lawas-sin
jalan tenom,kalabakan-tawau agak mencabar ada yg berbatu merentas gunung..tanah runtuh,jalan mendap..keadaan jalan agak sunyi lebih kurang 300km (jalan mencabar).
kami menggunakan lebih kurang rm 300+ untk minyak (return).nabawan adalah pekan terakhir yg kita akan jumpa selebihnya akan melalui jalan sunyi tanpa minyak, R &R atau tempat makan.
boleh mengisi minyak di keningau dan station minyak seterusnya di kalabakan.
selain 2-3 buah kereta ada juga lori balak atau sawit muncul sekali sekala.
hakikatnya percutian 3hari memang tak sempat pergi semua tempat..
kami sempat singgah setengah tempat sahaja disebabkan penat dan mengelakkan perjalanan di waktu malam..walaupun begitu perjalanan pulang kami menuruni tenom pada waktu malam .
Inshallah memang berhasrat nak pergi lagi ke pulau semporna pula.
perjalanan dari tawau ke semporna lebih kurang 1jam30 min.
sekiranya berhasrat untuk ke pulau-pulau di semporna boleh membuat tempahan boat awal iaitu sehari sebelum ke sana.untuk ke pulau sila datang awal ke jetty pada jam 8pg.
kami ditawarkan pakej penuh dengan makan thari untuk 6 pax dengan snorkeling pakej rm 300 tapi tak sempat nak sertai sebab kurang sihat pada hari tersebut.kami hanya bersiar disekitar pekan semporna iaitu terdapat bukit tengkorak,
sekiranya berkesempatan ke semporna bawa lah juga bekal makanan,keropok serta pakaian untuk di berikan kepada anak-anak pulau tersebut.
tempat yg boleh menginap di tawau:
Promenade Tawau
astana hotel
Heritage
tempat yg boleh dilawati di tawau
-kalabakan-maliau basin
-tawau hill park-air terjun
-batu-bersusun-sg balung
-bukit gemok
-pasar tanjung tawau
-muzium koko
pulau-pulau di semporna
-Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kappalai, Pulau Mataking and Pulau Sibuan.
Salam. . Bole beri no telefon suami. Saya mahu sewa kereta. Dari Malaysia. Sehari berapa BEN? +60127717303
ReplyDelete