bayar ptptn

Kronologi bayar ptptn

Masa nak balik dari miri imigresen sudah pesan semak dengan ptptn nama kena blacklist

Semalam(selasa) datang ptptn taiping tanpa semak di web bagi tau nama kena blacklist.saya lama tak bayar sudah berhenti kerja dan tengah sambung belajar.saya nak buat bayaran guna kwsp.
Boleh ke saya dapat apa2 surat kebenaran masuk  sementara tunggu kwsp lulus.saya keluar masuk negara sebab urusan belajar di oum,miri.
Sebab dari pengiraan kwsp cukup utk bayar separuh daripada tunggakan.
Pegawai kata tak boleh
Saya mesti jelaskan sekurangnya rm 4000 tunai untuk saya lepas masuk itu pun mereka cuba buat.itu pun sementara.belum tentu nama saya clear.
Dalam hati saya memang ingin buat pembayaran melalui kwsp sahaja memandangkan duit itu mencukupi.dan pegawai tersebut pun maklum pengeluaran kwsp saya memcukupi.
Pegawai di taiping bagi tau saya proses kwsp mengambil masa yg lama memandangkan saya nak balik brunei ahad ini..nama saya blacklist katanya.saya bagitau saya pernah keluar utk pendidikan seminggu sahaja.pegawai terbabit bagi saya borang untuk bayar tunai seperti yang disebut minta saya jelaskan di cawang taiping.saya cakap saya perlu bincang dengan suami.saya cakap nak keluar kwsp.dia cakap kalau ada i acct hanya perlu tunggu mereka proses dan saya bagi cap jari  di kwsp.saya minta penyata dan surat pinjaman mereka kata tak perlu mereka buat semua.penyata tak boleh print.

Atas nasihat sahabat saya,dia minta saya uruskan sendiri pengeluaran dengan kwsp.malam semalam saya semak semua rekod nama saya dalam proses senarai hitam,imigresen belum larang saya ke luar negara.semak urusan pengeluaran pendidikan saya tahun lepas dgn oum hanya lulus 1hari dan 4hari lepas lulus ia dibayar.
hari ini rabu saya ke pejabat ptptn nibong tebal.saya berjumpa dengan pegawai ptptn dia bagi tau saya kenapa mereka cadangkan e pengeluaran ia ambil masa 3 hari utk tac sahaja.dia suruh saya isi borang dan berurusan dengan pegawai bernama auni.saya bagi tau nama saya dalam proses senarai hitam saya nak bayar guna  kwsp .pegawai tersebut cakap saya tak perlu risau kalau blacklist utk org nak keluar negara dan saya beritahu situasi saya.dan dia terangkan proses kwsp pun tak lama dan kalau dah bayar dalam proses tu tiba-tiba nama saya naik hanya perlu call sahaja dia.dan kalau saya ada apa-apa masalah untuk masuk boleh whatapp atau call sahaja pegawai terbabit sambil hulurkan kad nama dia dan dia terus proses surat pinjaman saya tanpa minta apa-apa bayaran minimum. Pegawai terbabit juga tidak menyatakan saya perlu bayar RM 4000.00 .pegawai tersebut juga menerangkan baki yang tinggal setelah ditolak dengan kwsp .dan saya boleh memohon ujrah.
Selepas dapat surat pinjaman saya terus ke kwsp untuk urusan pengeluaran pem ayaran ptptn.
Pegawai kwsp bagi salinan pembayaran kepada saya untuk memudahkan saya.

Saya nak ucap terima kasih kepada pegawai ptptn dan kwsp di nibong tebal kerana memudahkan urusan pembayaran saya dengan mudah tanpa tekanan atau paksaan.terima kasih kerana memberi penerangan yang jelas.mungkin pegawai di ptptn taiping tidak memeriksa dengan jelas status saya.saya harap sangat jangan dipaksa bayar tunai sekiranya ianya boleh diselesaikan dengan kwsp saya.saya memang agak terkejut semalam apabila di minta bayar sekurang-kurangnya rm 4000 untuk segerakan atau clear nama saya dan saya tiada pilihan lain.

Untuk yàng di sekitar parit buntar ,perak atau bagan serai..pergi lah ke ptptn nibong tebal lagi pun kwsp pun berhampiran.selesai kedua-dua urusan 1-2jam sahaja

Nak bagi tau saya memang tabik kat pegawai ptptn nibong tebal. Layanan pun mesra.

-Moral bayar ler bulan-bulan..huhu dulu bayar bulan-bulan pun tak susut.senang hati bayar sekali gus gini.boleh usahakan lagi separuh juga azam nak clear cecepat mungkin.

- peminjam tegar 😊b

Cara-cara nak bayar pinjaman ptptn guna kwsp atau epf

1. Pergi ke ptptn maklumkan ingin membuat pembayaran ptptn menggunakan ptptn.
pegawai akan beri borang untuk diisi.
kemudian mereka akan beri surat pinjaman sekiranya anda tiada dalam simpanan.ada tempat yang perlu bayar rm 90 ada tempat free.saya tidak dikenakan apa-apa bayaran
Kalau dah ada surat pinjaman minta mereka penyata akhir anda.sekiranya transkrip yang anda bawa cuma salinan minta ptptn sahkan.
2. Bawa document ini ke kwsp
-salinan dan ori transkrip
-surat pinjamam
3.isi borang di kwsp

Itu sahaja sangat mudah
pastikan dah semak penyata kwsp.kita boleh  bayar guna akaun ke 2.

Yang penting di kwsp jgn lupa bawa ic dan jari anda 😊

Comments

Popular posts from this blog

CERITA SUNAT CLAMP

gentle birth dengan dr zana zalinda.

cooling tower overflow