back for good from brunei

Alhamdulillah setelah 4 tahun 6 bulan we back for good.
pengalaman adalah harta yang paling berharga yang kami dapat sepanjang kami di sana
pengalaman mendidik kami sekeluarga susah senang berada di perantauan serta nikmatnya berada di negara sendiri.

Untuk tips bagi yang bekerja di luar negara jangan lah lupa menyimpan ya ..
bila nak balik macam-macam perbelanjaan yang kita kena fikirkan
(benda ni memang kami prepare awal)
apa lagi yang ramai askar macam kami ni.
Biarlah pengorbanan kita berjauhan dengan keluarga tersayang itu berbaloi.
Alhamdulillah nak kata menyimpan tu macam susah sikit sebab mesti habis
untuk tiket balik ke malaysia ..setahun hampir 3x kami sekeluarga balik ke malaysia. Dengan tiket bagai paling kurang mesti 5k sekali balik.
Jadi kami membeli aset yang boleh dijadikan modal simpan untuk dibawa pulang ketika balik
ke Malaysia.
Kami membeli kereta terpakai secara cash untuk dijadikan aset.Suami saya membeli lebih kurang 3 kereta terpakai alhamdulillah semua berjaya dijual semula sebelum kami pulang ke Malaysia. kereta 2nd hand boleh dibeli dari harga $1000-$5000 bergantung kepada keadaan kereta. suami  pernah membeli kereta honda lama yang berharga $850 dan menjual semual pada harga $900.00.
selain itu perabot rumah juga dijaga dengan baik kerana ada harga nya ketika proses decluttering. Kami menyewa rumah kecil sahaja jadi barang tidak terlalu banyak alhamdulillah saya berjaya menjual barang-barang perabot rumah kami lebih dari bnd 1000.00 iaitu Rm 3000.00 +  oklah tu kan boleh top up perabot rumah di malaysia. Bukan barang sahaja ya..i also let go my unlimited internet post paid (mobile) dimana plan tersebut $60 per month sudah tidak ditawarkan lagi. Saya let go sim card tersebut pada harga $140.00 tukar nama account hanya $5.00 sahaja.  Inshallah saya akan share cara mudah untuk let go barang terpakai.
selain itu sebagai rakyat luar negara kami dikenakan jaminan jadi dengan bon jaminan ini juga boleh dijadikan aset. bagi isteri bon jaminan dikenakan $600, manakala anak-anak pula $400 setiap seorang. Suami membuat dan membayar sendiri setiap jaminan dan urusan refund semula pun diuruskan oleh suami sendiri. Wang jaminan dikembalikan kepada penjamin dalam tempoh satu bulan dari tempoh pembatalan. Alhamdulillah wang jaminan pun telah diterima semula.

banyak urusan persekolahan yang mesti diurukan sebelum balik dan apabila balik ke malaysia.
alhamdulillah guru-guru di sekolah anak-anak amat memudahkan kami dengan memberi kerjasama yang baik untuk proses berhenti sekolah.
Bagi pelajar yang balik dari luar negara proses di jabatan pelajaran negeri mengambil masa 2 minggu. Selain itu bersedia lah mental dan fizikal untuk menghadapi perubahan dalam system pendidikan anak-anak..i will share this..macam mana kuatnya tekanan dia lagi-lagi kami yang suduh dipupuk selama hampir 5 tahun dengan sistem yang santai dan tidak membebankan.

Di sini anak-anak menghadapi sedikit masalah dalam silibus. silibus mereka sebelum ini math, sains dan sosial study diajar dalam English. tetapi di malaysia juga ada menyediakan sekolah DLP ( dual Language program) kami cuba memohon sekolah yang menyediakan DLP memandangkan anak yang sulung bakal menduduki UPSR.
banyak sangat kenang manis dan pahit sepanjangdiperantauan.
kenangan road trip ke Borneo memang tak pernah dapat dilupakan
brunei-kuching,brueni-kota kinabalu,keningau,kudat ,brunei-tawau-semporna setiap perjalanan di isi dengan pengalaman.
kesedihan meninggalkan tempat merantau adalah rakan,jiran,dan tuan rumah kami yang baik.Guru-guru kepada anak-anak kami yang begitu sayangkan mereka betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada kami.

Sepanjang di brunei saya bekerja selama dua tahun dan dua tahun selebihnya sebagai suri rumah sepenuh masa. Selain itu saya juga menjana sedikit income dimana menyediakan perkhidmatan kereta sewa di brunei bagi rakyat malaysia yang datang melancong atau bekerja. Alhamdulillah pendapatan memang tak rugi..kami juga sediakan monthly rental. Alhamdulillah boleh dikatakan sewa 2 buah kereta boleh mencecah $1000 sebulan. Boleh lah cover apa yang patut. Sedih juga ni haha sudah lebih 2 bulan balik masih ada yang bertanya kereta sewa.

Apa yang penting banyak kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan. Seriously rindu dengan jiran-jiran dan keamanan brunei.
Jiran-jiran saya sangat lah membantu dan bertimbang rasa. mereka ini memang tak pernah kami lupakan . Di saat kami menghadapi kesukaran masa mama sakit , saya kerap balik ke malaysia seorang diri ..anak-anak dijaga oleh jiran-jiran terdekat. Banyak sangat bantuan yang mereka ini hulurkan ketika kami sedang dalam kesulitan. Malah di saat nak balik pun mereka masih membantu mempermudahkan urusan kami.
Selain itu tuan rumah kami menyewa juga sangat rapat..tak dapat nak bayangkan sedih sangat masa nak balik. Jujur cakap pakcik dan makcik sangat baik ..melayan kami dan anak-anak seperti keluarga mereka sendiri. Semoga ada rezeki kita berjumpa lagi

Comments

Popular posts from this blog

CERITA SUNAT CLAMP

gentle birth dengan dr zana zalinda.

cooling tower overflow