gentle birth dengan dr zana zalinda.

assalamualaikum..
as per request ...untuk lin tulis birth story yang sangat amazing . Alhamdulillah Allah bagi rezeki bersalin macam yang di minta..bersalin dengan dr yang di idamkan.

Memang dari mengandung dah pasang niat nak bersalin dengan dr zana zalinda dari hospital rampai puteri medical center.(RPMC)

Pada awal whatapp dr linda fully book so memang rasa kecewa lah juga. survey sana sini tapi tak dapat doctor yang macam kita nak.Akhir sekali encik suami whatapp dan pujuk dr linda ..dan tara ..dr linda setuju nak sambut baby lin...syukur alhamdulillah. BIRTH  PLAN semua dah ready se ringkas sebolehnya lah

contoh birth plan lin:

Labour

Intermittent monitoring
Free to eat and drink -dapat makan kurma minum air
Calm & quiet environment
Shower allowed
(if any)
Free movement&---RPMC  ada sediakan gym ball request je nanti diaorg sediakan
Birthing positions --- kneeling position
No episiotomy
Natural membrane rupture
Minimal vaginal exams
(1-2 person only)
Medications only on request

Delivery
No time limits
Natural placenta birth
Delayed cord clamping
Immediate Skin to Skin&
Breastfeeding
Family bonding
1 hour

Newborn Care

Consult before medications
i.e. eye ointments
No injections:
Baby with Mom or Dad at ALL times
(Rooming In)
Breastfeeding only
(no formula or food)
No pacifiers
No bath for 24 hours

Alhamdulillah semua yang lin request semua dapat dengan jayanya.


6/10/2018
1st temujanji  dengan dr zana zalinda. semua temujanji kalau dengan dr linda kena terus whatapp dia utk set temujanji. 4hb pun dah kena cirit birit masa ni dah risau sangat sebab belum jumpa dr lagi siap whatapp dr linda lagi huhu...takut tak sempat jumpa dah bersalin.
Masa jumpa dr linda minta birth plan..dan dia tanya if ada join mana-mana kelas.ku jawab tiada hanya banyak membaca sahaja.dan dia go thru satu-satu my birth plan. Alhamdulillah dia ok dengan semua yang kita nak cuma dalam kes kita yang anemia ni so dia mintak utk pasang branula sahaja if..lah ada blood transfusion ke apa kan so tak de gelabah nak cari urat bagai.she promise memang tak masuk air ke apa just persedian sahaja. dia memang suggest makan delima,buah tin,kurma...banyak juga tips yang dia bagi.natural inducer macam nenas semua tu lah.dia juga ajar dan suruh urut guna vco.

7/10/2018
aktiviti bersama keluarga ..pergi ke MAEPS ada pameran hobby. masa ni memang jalan banyak dan memang teras baby dah turun. Lepas di serdang terus ke putrajaya sebab dah janji dengan anak-anak nak swimming ...
tapi dapat berenang sekejap je..sebab petir ,guruh dah memancar dan berdentam dentum ...huhuhu .Tapi dapat lah jugak last swimming before pops out.
masa ni dah blood show tapi tak banyak dan tak de contraction so just whataap dr linda to inform.bila malam baru ada sikit contraction.

8/10/2018
Contraction makin kuat dan agak kerap dr linda cakap tunggu 5minit contraction then baru gerak ke hospital.so bila contraction dah selang 5min...hantar anak-anak ke rumah pak su mereka.then yang darjah 6 ada psra hantar dia ke sekolah dulu...sempat tersangkut jem sana sini sebab awal pagi kan.
sampai hospital dalam jam 10pagi.
Nurse buat CTG katanya contraction kuat dan kerap tengok kat ctg tu pun dah 99%..so dia call dr linda.dr linda datang check VE ..tara..5cm dah. normally memang cepat kalau dah 5cm ..tapi setiap anak berbezakan caranya.
Dr linda cakap dah boleh masuk ward tapi before tu nak gi makan ke gi lah dulu..
so husband pun bawak lah kita gi makan-makan dulu walaupun takde selera dah. hahaha nurse yg check ctg kita tu cakap relax je tak sakit ke puan...ai is senyum jelah kan.cara control contraction pain adalah dengan breathing . jujurnya swimming banyak ajar kita macam mana nak breathing betul..kalau tak kelaut je lahkan.
masuk wad banyak sangat makan kurma.then main gym ball...layan jelah contraction so far memang boleh hold lagi layan contraction jadinya tak delah nak memanggil nurse ke apa. jam 5 petang nurse datang check VE untuk prepare if dah boleh masuk LR..dah 8cm ..masa ni LR masih penuh.nurse suruh ready je nanti dia bawa ke LR.so before ke LR masuk bilik air dulu take SHOWER ...best betul..segar rasanya..lalala sangat.lepas mandi solat bagai nurse datang dalam jam 6lebih untuk bawa ke LR.
Dalam LR layan jelah gym ball sambil makan kurma dan request jugalah ke tandas bagai kan.dalam jam 8 macam tu VE check dah 9-10cm..after ku panggil nurse utk check sb dah rasa contraction yg kuat.doc linda masuk LR pun dalam jam 8.20 cam tu dia tanya nak bersalin position macam mana ..this time contraction start kuat so can not pikir haha ku jawat tak tau ..then my husband tanya doc suggest position yang mana..masa ni water bag tak pecah lagi tau.
dr linda terus cadang kneeling position...ohhhh..tidak kut tahu macam mana tu weii..
dr linda ajar masa tu juga macam mana J breathing oh baru ku tahu actually dah sakit tu datang baru ku tahu macam mana J breathing tu..
semuanya ku buat mengikut arahan dr dan nurse tau telinga kena pasang betul sebab kita memandang kebelakang bila kneeling position atas katil kan...jadinya memang tak nampak .
air ketumban pun dipecahkan waktu lin buat kneeling position ni.
Dr linda memang experience alhamdulillah proses bersalin yang mudah tak meneran pun..baby keluar jam 8.57malam..2 kali buat J breathing baby keluar ..yes memerlukan contraction yang sangat sakit utk memudahkan J breathing ku (aku tunggu sakit yang betul-betul sakit je baru aku breathing dan lepas) .baby keluar dengan tali pusat terbelit di leher..biru muka dia husband ku cakap.masa tu dr linda cakap patut lah air ketumban tak pecah ..dan duration 5cm ke 10cm tu lama.dr minta aku yg move utk buka lilitan tali pusat.
aku pusing je terus dia bagi baby fateh...assalamualaikum fateh terus skin to skin dan direct breastfeeding..in  room with husband dan baby.terus azan . Dapat DCC lama juga sampai putih tali pusat tu..alhamdulillah placenta pun keluar sendiri. Dr linda cakap bagus sangat lepas ai bersalin..huhu..seram tau tak pernah bayang pun bersalin kneeling position J breathing pun tak tau sebelum ni ada terbaca juga tapi tak tau macam mana..sekali wow amazing jugak lah weii.
lepas dah selesai dcc my husband dapat potong tali pusat baby. dr check alhamdulillah tak perlu jahit just ada skin nick je tapi dt linda cakap biasanya dia tak jahit sebab tak berdarah pun boleh baik sendiri..masa ni bersyukur sangat-sangat rasa nak lompat bintang..huhu 4 anak sebelum ni 1-2 degree lalala sangat tau. dr linda just bagi antibiotic sahaja nanti dgn cream..tapi ku tak pakai cream tu haha. uri nurse basuh bersih siap boleh terus tanam je. memang lama duduk dalam LR bf baby...rasanya dalam jam 11 malam baru nurse hantar balik ward.haha memang ku dapat family bonding tu more than 1 hour lah kot hahaha.
Sebab kita request baby in room dengan mak kan..sebab breastfeeding  so baby memang dengan kita lah kan.
so far boleh kata memang diaorg follow lah my birth plan tu...
Dan rasa seonok sangat sebab bersalin yang macam kita nak..jadinya lepas bersalin tu pun rasa segar.tapi kelaparan lepas bersalin tu tetap ada hahaha....
by the way bersalin kat RPMC ni pun mesra bajet gak..survey lah pakej dia ya.daku memang cari yang mesra bajet dan paling penting nak gentle birth...
bab aurat pun alhamdulillah sebab nurse doctor semua pun perempuan semua nya terjaga lah kan.
hahaha kalau ada baby lagi kena book dr zana zalinda awal-awal k ...

Comments

Popular posts from this blog

CERITA SUNAT CLAMP

katil SSF