beli kenderaan di luar negara.


salam..
hari ini nak kongsi cara terbaik nak beli kenderaan di luar negara..
opss..di brunei
sekiranya berhasrat nak bekerja di sini boleh lah nak 
baca cerita ni..


.......

kebiasaanya di brunei ni memang memerlukan lebih dari satu kereta.
sebab kalau suami bekerja..isteri yang akan hantar anak-anak
den tak jumpa lagi perkhidmatan bas sekolah 
mungkin ada tetapi terlalu sedikit sampai susah nak cari.
sepanjang di sini nampak mak pak je yg collect anak
masa di bright jigsaw international school dulu ada perkhidmatan
van sekolah..tapi agak mahal juga..
rumah tak jauh mana pun..

so sambung cam mana nak beli kenderaan..
kalau nak beli kereta baru bolehlah tunggu 3 bulan payslip..
makcik tak beli kereta baru kat sini haha. 
tapi saya cadangkan kalau nak dengarlah...
beli lah kereta murah-murah dulu ..buruk pun tak pe..
ia akan memudahkan anda kelak..

masa mula-mula datang ..ada kawan pinjam kan kami kereta lama..
dalam 3-5 bulan rasanya..
kemudian ada kawan offer kereta dia kia sportage kereta baru 1tahun lebih 
sambung bayar..
alhamdulillah itu rezeki kami..dapat kereta baru.
cukup syarat tukar nama sahaja..-itu aset kalau nak balik boleh jual...

kemudian husband beli honda accord lama..
nak tau berapa price dia..hihi bnd 850.00-cash
beli siap tukar nama bagai ye..
bukan beli coboi je...
pakai lama juga lah hampir setahun
suami jual kereta tu bnd 800.00
kemudian suami beli honda city bnd 4000.00 -cash  ni 
kami nego dgn owner buat dua kali payment..
alhamdulillah owner setuju.
membeli kereta secara cash ni amat digalakkan
tujuan kita dtg ke sini pun nak cari rezeki kan
so tak yah pening-pening pikir monthly payment
bagai memandangkan kereta malaysia pun installment monthly huhuhu.. 

kat brunei ni banyak sangat kenderaan di jual dengan harga mcm tu
kumpul duit sikit bayar cash..
vios,honda..mazda segala
price 4-7k
oklah kan..
kereta yang lama-lama bnd 1k-3k pun ada..
tak susah pun nak cari gi je kat group-group fb bersepah jual

kereta-kereta ni pun tak susah nak jual balik sebab mesti ada orang yang nak beli...



Comments

Popular posts from this blog

CERITA SUNAT CLAMP

gentle birth dengan dr zana zalinda.

cooling tower overflow