susun atur rumah kecil
ini susun atur sementara..saya kumpul dan menabung tambah perabot yang sesuai
susun atur ni memang sesuai untuk rumah yang kecil
rumah sewa kami di brunei
sekangkang anak-anak ku sahaja..
hihi..ini sahaja yang termampu buat masa ni
maklumlah encik suami seorang sahaja yang bekerja
puan isteri sudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa
kami berdua pun masih belajar..
jenuh menabung bayar yuran tapi itu lebih baik
dari berhutang pinjaman bagai..kan.
ruang main anak-anak..
inshallah nak tambah wallpaper black..
boleh kamu conteng dinding ye..
semua barang ikea sebab mampu milik
haha..
nama pun merantau tak de nya nak beli mahal-mahal
nanti nak berangkut pindah kalau rosak
nangis..
ni ..suka hati hampa lah..
trofast wall ikea kena hack jadi gini..
tapi sebab ruang yang terhad memang plan nak gantung pun
beli as is..rm 90 sekali upah delivery ke denai alam.
ruang ni memang ruang bertapa anak beranak..
hajat hati nak tambah kerusi kecil di ruang membaca tu ..tapi
tunggu bajet dulu ye..
bilik ni memang kena compress lagi..
nak tukar wardrobe yg kecil lagi..sebab bilik ni memang kecil.
nanti leen up before and after.
rak ni memang sangat penuh..ada buku-buku anak-anak yang
dah di keluarkan
by the way..kami mengamalkan konsep
nak beli baru derma atau let go yang sedia ada
my husband is tak suka barang terlampau banyak dalam rumah
dia memang akan keluarkan asingkan
barang yang tak pakai..
dimana tak nak ada benda yang tak digunakan dalam rumah
ampun isteri suka buat sampah hahaha..
ini koleksi peribadi kami..
mata wang negara yang kami pernah lawati..
so beli dua-tiga frame lagi
boleh sambung hobi melancong.
Comments
Post a Comment