apa tu OCD..
apa tu OCD ..
Definition
Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) is a common, chronic and long-lasting disorder in which a person has uncontrollable, reoccurring thoughts (obsessions) and behaviors (compulsions) that he or she feels the urge to repeat over and over.
ni defination dari link http://www.nimh.nih.gov/health/topics/obsessive-compulsive-disorder-ocd/index.shtml
boleh baca sendiri..pendapat peribadi..aku sakit was-was dan mahu kesempurnaan..kalau kronic tu dah penyakit jiwa tau jangan main2.pernah dengar org cerita rasa was2 tak bersih gosok gigi sampai kumor dgn clorox ok..untuk elak penyakit was2 ni amalkan lah surah an-nass ye
aku bukan jenis perfectionist...tapi memang tak boleh tengok selerak or kotor tu je..bukan jenis nak kena susun ikut warna ikut saiz dan sebagainya..kalau kemas dan cantik aku on je..
btw seorang yang aku kenal ada ocd ni my lovely husband..dia jenis yang susun hanger pun ikut warna..pastu memang tak suka semak sepah..dia memang tak boleh duduk..paling bagus dia akan kemas semua benda kalau dia rasa semak sangat..haha ni aku suka..kadang-kadang dia kemas semula ..dulu aku rasa kronic sekarang ni ok sikit bahaha
beg bini pun dia kemas weiii....hahaha..
kalau pindah rumah harus letak dalam kotak seal dan ber label.mana yang tak pakai dia akan asing dan buat but this way memang aku suka sebab rasa good organize kitaorg ni pindah dah banyak kali setiap kali pindah memang akan buat prosess ni..
dia akan susun dan asingkan haha..nasib dia buat sama-sama kalau harap bini je tu memang tak patut.dulu lagi keep complaint oh ini tak boleh begini..ini mesti mcm ni..
sekarang dia pandai buat sendiri.sebab aku pun kadang -kadang ada specification sendiri ..
kalau dapur semak dan kotor aku memang tak boleh nak masak..huhuhu...
baju dalam lemari memang tak boleh sepah ...itu paling aku tak suka..kikiki...sekarang ni memang kitaorg train anak-anak kemas sendiri barang-barang diaorg ..
dulu aku macam tak percaya anak-anak kemas..nanti tak bersih tak kemas macam kita nak..then anak kita pun semua harap kat kita.dulu masa ada maid pun ada benda yg aku tak percaya maid buat ..contoh cuci cloth diapers hhuhu..lama-lama kau bagi gak maid buat.sekarang ni tak de lah penat sangat nak kemas rumah sebab anak-anak akan kemas sendiri cuma kalau yg dua kecil tu memang mak kena dera lah kemas..
anak yg sulong pun dah pandai masak air,iron baju sendiri..yg 2nd rajin tolong masak ..suka tumbuk lesong batu haha..husband ada cakap dia kecik2 suka tolong arwah mak buat kerja rumah sebab tu dia tak kisah sangat nak kemas2 and memang tak boleh rumah sepah-sepah..owh saya memang berterima kasih..pada arwah ibu mertua ku..so now i teach my kids ..lepas makan pun anak yang sulong lelaki kemas dan bersihkan meja makan ..sapu segala sampah lap meja..sebabnya nak ajar dia dari kecil..semoga rajin tolong isteri bila dah besar.
btw ocd sebenarnya kena kawal juga jangan melampau sangat ..huhu aku memang ada penyakit tak boleh guna toilet yg org lain guna terutama kalau lelaki bukan keluarga atau aku tak kenal..aku pernah kerja dekat satu tempat ni..tak pernah guna toilet dia sebab toilet dia share lelaki perempuan dan tempat aku kerja tu pelbagai negara ada india,sri langka ,filipino..huhu..memang aku blk rmh je atau gi masjid.and tandas awam pun mcm tu sanggup tunggu sampai rumah or cari tandas yang paling bersih..harap tak kena batu karang ke apa..hhuhu
ini rumah comel..selalunya encik suami akan let go
atau bagi orang mana-mana barang yang tak guna
sebab dia memang jenis tak suka barang banyak dalam rumah
dia suka kemas dan bersih..
ini lah yang kami akan buat kalau pindah rumah..
pack seal dan label
rumah yang dia tinggal tu pun encik suami akan sapu/cuci bagi
bersih
rasanya dalam 3 tahun ni dah 5-6kali pindah rumah.
Comments
Post a Comment